Barisan Lembaga Pengarah

Tan Sri Haji Idris Jusoh   (Pengerusi)

Beliau merupakan pengasas WAQAF FELDA yang telah dinamakan di dalam perlembagaan serta telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak 1 Mei 2020. Sebelum ini beliau merupakan Menteri Pengajian Tinggi dari 28 Julai 2015 hingga 21 Mei 2018.

Berkelulusan MBA (Kewangan) dari Universiti New Haven, Amerika Syarikat dan Ijazah dalam Sains Sosial (Ekonomi dan Pengurusan) dari Universiti Sains Malaysia (USM), di mana beliau turut menerima Anugerah Pingat Emas kerana muncul sebagai Valedictoran USM. Di USM, beliau adalah presiden persatuan pelajar manakala di New Haven, beliau adalah presiden persatuan pelajar antarabangsa, mempamerkan bakat kepimpinannya pada usia muda. Disamping itu, beliau belajar bahasa Arab di Universiti Jordan pada tahun 1994. Komited untuk pembelajaran sepanjang hayat, beliau juga telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard (2001) dan INSEAD, Perancis (2008), Program Kepimpinan dalam Negara Membangun di Harvard Kennedy Sekolah, Universiti Harvard pada tahun 2009. Terbaru, beliau telah menghadiri kursus Pengaturcaraan Neuro Linguistik di Orlando, Florida (2016).

Sebelum ini, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan II (2013 – 2015), Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) (2008 – 2013), Menteri Besar Terengganu (2004-2008) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999). Tan Sri Idris Jusoh juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen kawasan Besut, Terengganu, kampung halamannya dari 2013 hingga 2022. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh di Kawasan Besut dari 2004 hingga 2013.

Dato' Amiruddin Bin Satar   (Pengarah Besar FELDA)

Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA yang telah dinamakan di dalam perlembagaan serta beliau merupakan seorang Pengarah Besar di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mulai tahun 2020. Beliau memiliki kelulusan dalam MBA Henley Business School University of Reading, United Kingdom serta Ahli dalam Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari United Kingdom dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden dan Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Pengurus Besar Kumpulan, Timbalan Pengurus Besar dan Pengurus Kewangan di KPJ Healthcare Bhd. Selain itu, beliau merupakan seorang Pengurus Kewangan di Lembaga Tabung Haji, Akauntan di Bousted Holding Berhad dan seorang Eksekutif Kewangan di UMW Toyota Sdn. Bhd.

Disamping itu, beliau mempunyai keahlian professional di dalam Jawatankuasa Penasihat Malaysia (MAC), Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM). Beliau juga memegang jawatan Pengarah di dalam syarikat yang tersenarai seperti Jentayu Sustainable Berhad (F.K.A IPMUDA Berhad) dan FGV Holdings Berhad manakala jawatan Pengarah di dalam syarikat yang tidak tersenarai adalah Federal Land Development Authority (FELDA), Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) dan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

Tuan Izham Bin Mustaffa   (Timbalan Pengarah Besar (operasi) FELDA)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 10 Ogos 2022. Beliau berkelulusan Program Peneraju Prestasi Tinggi, SAID Business School University Of Oxford, England serta beliau memiliki Sarjana Pengurusan Industri Perladangan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian (B. Hons. For. Sc.), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor.

Beliau merupakan Pengerusi Felda Plantation Management Sdn Bhd dan Lembaga Pengeluaran Batang Minyak Sawit Kebangsaan. Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri Hiliran Minyak Sawit MPOB. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Gantian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Marketing Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Ladang Tai Tak Plantation Sdn Bhd, Lembaga Pengarah FIC Hospitality Management Sdn Bhd, Lembaga Pengarah FIC UK Properties Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Grand Plaza Kensington Limited serta Lembaga Pengarah FIC Global Limited. Beliau juga adalah Pakar Institusi Koperasi Koperasi Kakitangan FELDA Malaysia Berhad (FELKOP) di samping itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Perlaksanaan & Pemantauan Keberkesanan Pelan Pemulihan FELDA dan Sekretariat Jawatankuasa Produktiviti Dan Permuafakatan Kualiti FELDA & FGVHB.
Tuan Mohd Nizam Bin Haji Yahya   (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 5 April 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mulai 1 Mac 2021. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Baitulmal di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail   (Setiausaha Ahli MAIWP)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 5 April 2022. Beliau memiliki Sijil Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di Institute Leadership of Management, London, United Kingdom serta Sijil Perundangan dan Fatwa di Darul Ifta, Kaherah, Mesir. Beliau merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Disamping itu, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Wakaf MAIWP.
Dr. Yusri Bin Mohamad   (Ahli MAIWP)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Beliau berkelulusan Ph.D. Ijtihad Semasa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-undang (LLM) di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti of London dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah (Double Major) dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang penasihat dan konsultan Syariah dalam pelbagai kapasiti, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa di bawah MAIWP. Beliau juga merupakan seorang Peguam Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Dr. Resul Sapar   (Pengarah Bebas)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Berkelulusan Ph.D. dalam Kewangan Islam dan Sarjana dalam Kewangan Islam di INCEIF serta Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Kini, beliau merupakan seorang Pensyarah untuk subjek Kewangan Islam bagi program MBA di Universiti Putra Malaysia. Selain itu, beliau adalah seorang Pengarah Bebas bukan Eksekutif Mara Corporation Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kewangan dan Audit Lembaga, Lembaga Pengarah Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Tatatertib Lembaga.
Dr. Razali Bin Othman   (Pengarah Bebas)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Beliau memiliki Ph.D. Pengurusan Aset Islam dari Universiti Sains Malaysia, MBA Major Pemasaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan B.Ekon. (Hons) Double Major Ekonomi dan Pemasaran dari Universiti Utara Malaysia. Beliau telah mendapat perlantikan rasmi sehingga hadir di pelbagai agensi kerajaan dan swasta, terutamanya dalam bidang Pengurusan Aset Islam, pengumpulan dana rohani ketuhanan, dan pemasaran perkhidmatan. Selain itu, beliau juga merupakan Perunding Utama, Pengurusan Aset Islam & Pengumpulan Dana Kerohanian di ESI Training & Consultancy, Perdana Selatan, Selangor dan Penasihat Wakaf di WAQAFA International Sdn Bhd (WAQAFA).
Tuan Haji Jamaluddin bin MD Ali   (Pengarah Bebas)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Beliau merupakan bekas Penasihat Waqaf An Nur Corporation Berhad (WanCorp) pada tahun 2019. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian Kelas Kedua Tinggi) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom. Disamping itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WanCorp disamping menjadi Naib Presiden Kanan, Divisyen Tanggungjawab Korporat. Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat Wakaf bagi PKEINPK Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak.