Permohonan (DITUTUP SEMENTARA)
- Pemohon perlu menyediakan satu (1) Surat Sokongan yang mengandungi maklumat peribadi seperti nama, no K/P, isu yang dihadapi, jenis bantuan yang diperlukan, dan apa-apa maklumat yang difikirkan boleh menguatkan sokongan permohonan atau boleh menggunakan Borang Agihan Manfaat yang boleh didapati di pautan ini.
 - Surat Sokongan perlulah mendapat pengesahan daripada kalangan pegawai yang berikut: Pengurus Rancangan FELDA / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua peneroka / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41/Gred 3/Kumpulan A ke atas), Pegawai Kumpulan Eksekutif WAQAF FELDA.
 - Menyediakan 3 keping gambar sebagai bukti untuk menguatkan sokongan.
 - Muat naik Surat Sokongan dan 3 keping Gambar di ruangan yang disediakan di bawah.
 - Segala maklumat yang diberikan mestilah benar dan WAQAF FELDA boleh membatalkan sebarang bentuk permohonan sekiranya didapati maklumat yang diberi adalah tidak benar ataupun tidak mencukupi.
 - Setiap permohonan dinilai berdasarkan darjah maslahat (keperluan) dan WAQAF FELDA berhak untuk meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu permohonan berdasarkan penilaian maslahat serta kedudukan dana Agihan manfaat yang ada.
 - Sebarang keputusan WAQAF FELDA adalah muktamad, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang dilakukan oleh WAQAF FELDA, pemohon boleh mengemukakan surat rayuan terus kepada Pengurus Bahagian Operasi menerusi Borang Aduan menerusi laman web https://waqaffelda.com.my/hubungi-kami.
 - Tiada rayuan akan dilayan sekiranya permohonan berkenaan: (1) masih berstatus 'Dalam Permohonan', (2) ditolak kerana dokumen yang tidak lengkap, atau (3) dokumen tidak sahih.