Konsep Waqaf Korporat

  1. Pentauliahan

    Diberikan kebenaran untuk menerima, mengurus dan mentadbir dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri (selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf).

  2. Pelaksana

    Sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) telah ditubuhkan pada 26 Mac 2021 di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 bagi melaksanakan Wakaf Korporat - (Dikawal selia oleh SSM).

  3. Sumbangan

    Menerima sumbangan daripada awam, institusi, kerajaan serta agensinya sama ada dalam bentuk harta kekal (seperti rumah, hartanah dan bangunan) ataupun harta tidak kekal (seperti wang tunai, saham, bisnes dan harta intelek).

  4. Maqasid Syariah

    Bertindak selaras dengan Syariah dan berjuang untuk merealisasikan matlamat Maqasid Syariah.

  5. Keahlian Awam

    Keahlian dibuka kepada mana-mana individu Islam, syarikat, organisasi dan institusi yang diterajui Muslim dengan yuran keahlian. Ahli juga pewakaf menjadi entiti “semak dan imbang” pengurusan Syarikat agar ketelusan sentiasa terjamin.

  6. Status Autonomi

    Berstatus autonomi dan tidak dimiliki dan dikawal secara mutlak oleh mana-mana pihak, memandangkan Syarikat tidak mempunyai syer.

  7. Nilai Jangka Panjang

    Berbeza dengan konsep wakaf tradisional, keutamaan diberikan kepada usaha menghimpun dan melipatgandakan nilai jangka panjang harta dan dana wakaf di bawah seliaannya.

  8. Tadbir Urus

    Mendukung dan mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dengan menggunakan kaedah amalan perniagaan terbaik dan berlandaskan urus tadbir korporat berpiawaian tinggi.