KUTIPAN DANA WAQAF TERKINI

KUTIPAN DANA WAQAF TERKINI

JOM BERWAKAF BERSAMA

KLUSTER AGIHAN MANFAAT

project-image

Kesihatan & Daif

✅ Pengagihan manfaat wakaf untuk kepentingan kesihatan, sama ada pencegahan atau penjagaan. Penerima tidak semestinya asnaf, tetapi keutamaan diberikan kepada pihak yang memerlukan.

RM 150,696.00

👥 Seramai 2,348 telah menerima agihan manfaaat di bawah Kluster Kesihatan & Daif
project-image

Bencana

✅Pengagihan manfaat wakaf untuk menghadapi situasi bencana, sama ada bencana alam atau bukan disebabkan alam (kebakaran, banjir dan sebagainya).

RM 91,926.00

👥 Seramai 3,437 telah menerima agihan manfaaat di bawah Kluster Bencana
project-image

Pendidikan & Kerohanian

✅Pengagihan untuk kepentingan pendidikan formal (sekolah) dan tidak formal (madrasah & pondok), sama ada penerimanya adalah institusi seperti sekolah, universiti atau individu.

RM 81,763.00

👥 Seramai 8,915 telah menerima agihan manfaaat di bawah Kluster Pendidikan & Kerohanian
project-image

Kemudahan Awam

✅Pengagihan manfaat wakaf untuk tujuan kemudahan awam, seperti penimbang getah dan jalan pertanian yang dimanfaatkan oleh ramai pihak

RM 46,542.00

👥 Seramai 8,866 telah menerima agihan manfaaat di bawah Kluster Kemudahan Awam

Buletin Utama

Aktiviti

Artikel

pengenalan konsep

pengenalan konsep waqaf felda

pentauliahan

Diberikan kebenaran untuk menerima, mengurus dan mentadbir dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf.

PELAKSANA

Sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan telah ditubuhkan pada 26 Mac 2021 di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 bagi melaksanakan Wakaf Korporat.

Sumbangan

Menerima sumbangan dalam bentuk harta kekal seperti rumah dan hartanah ataupun harta tidak kekal seperti wang tunai, saham, bisnes dan harta intelek.

Tadbir urus

Mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dengan menggunakan kaedah amalan perniagaan terbaik dan berlandaskan urus tadbir korporat berpiawaian tinggi.

MAQASID SYARIAH

Bertindak selaras dengan hukum dan mualamat syariah dan berjuang untuk merealisasikan matlamat Maqasid Syariah.

Status autonomi

Berstatus autonomi dan tidak dimiliki dan dikawal secara mutlak oleh mana-mana pihak, memandangkan syarikat tidak mempunyai syer.

jangka masa panjang

Keutamaan diberikan kepada usaha menghimpun dan melipatgandakan nilai jangka masa panjang harta dan dana wakaf di bawah seliaannya.

keahlian awam

Keahlian dibuka kepada mana-mana individu Islam, syarikat, organisasi dan institusi yang diterajui Muslim dengan yuran keahlian.

Wakaf, peluang umat peroleh pahala berterusan

Rasulullah ﷺ Bersabda : Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).
Allah ﷻ Berfirman : "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Ali Imran: 92).
Abu Talhah berkata kepada Rasulullah ﷺ : "Sesungguhnya antara harta yang paling saya sayangi adalah kebun Bairuha'. Harta itu saya sedekahkan (wakaf) untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)." (al-Bukhari).