Jawatankuasa Syariah

Dr. Yusri Bin Mohamad   (Ahli MAIWP)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Beliau berkelulusan Ph.D. Ijtihad Semasa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-undang (LLM) di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti of London dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah (Double Major) dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan seorang penasihat dan konsultan Syariah dalam pelbagai kapasiti, Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa di bawah MAIWP. Beliau juga merupakan seorang Peguam Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Tuan Sahibus Samahah Jamali bin Mohd Adnan   (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan)

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah & Undang-undang, Akademi Islam di Universiti Malaya dan mendapat kursus lanjutan di Abu Dhabi UAE, Muslim College, London dan Darul Ifta’ Al Azhar Cairo di dalam bidang Tamadun Islam, Perbandingan Agama, Pengurusan Dakwah dan Fatwa.

Beliau merupakan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Qadi di Kuala Selangor, Petaling dan Klang. Ketua Unit Agama Jabatan Penjara Malaysia. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Penyelidikan dan Halal JAKIM dan JAIS. Beliau juga merupakan seorang Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Putrajaya, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI. Selain itu, beliau adalah Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan JAKIM. Antara jawatan lain yang disandang oleh beliau ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan, Panel Syariah Koperasi ANGKASA dan Panel Syariah Wakaf FELDA. Selain itu, beliau merupakan Jawatankuasa Lajnah Perubatan dan Pengubatan Islam LAJPI dan Jawatankuasa Teknikal Hospital Mesra Ibadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Disamping itu, beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Lajnah Pendidikan MAIWP, Panel Deradikalisasi Anti Terrorisme JAKIM, Pemegang Tauliah mengajar Selangor, Wilayah Persekutuan & Negeri Sembilan dan turut berpengalaman berdakwah di Jepun, Thailand, Mesir dan London.
Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa   (Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Lembaga Zakat Negeri Kedah)

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Dr Mohd Faisal Mustaffa berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Malaya (UM) dan menamatkan pengajian diperingkat Sarjana dan PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini beliau sedang menyambung pengajian diperingkat sarjana kali kedua dalam bidang Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS).

Beliau bertugas sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Kini beliau juga merupakan Ahli Lembaga Tabung Haji dan memegang beberapa jawatan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Urusan Haji (JKUH), Lembaga Tabung Haji. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPFMB) dan juga turut diberi kepercayaan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat, Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, Universiti INCEIF iaitu merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang memfokuskan kepada kewangan Islam bernaung di bawah Bank Negara Malaysia. Bagi mengukuhkan kompetensi beliau dalam bidang kepengarahan, beliau mengikuti program 'Aspiring Directors Immersion Programme (ADIP)' selama setahun anjuran Institute of Corporate Director Malaysia (ICDM) dengan sokongan Bursa Malaysia dan juga merupakan Ahli Ordinary Institute of Corporate Director Malaysia (ICDM) dan Ahli Ordinary, Persatuan Penasihat Shariah dalam Kewangan Islam (ASAS).

Beliau juga merupakan Sarjana Tamu di Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Timbalan Ketua Pemuda Forum Zakat & Wakaf Sedunia (2020-2023), Ikon Penasihat Muda Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Malaysia dan juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengajian Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran Kewangan (Kewangan Islam) di Universiti Antarabangsa Albukhary (2019-2020). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa NGO Kami Anak FELDA (KAF) Wilayah Alor Setar serta Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan KAF Kebangsaan bagi sesi 2021-2023.
Dr. Nurul Aini Muhamed   (Timbalan Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat USIM)

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah WAQAF FELDA mulai 22 November 2022. Dr Nurul Aini Muhamed merupakan Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Felo di Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM).

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Zakat dan Wakaf (PWZ), USIM dan Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan). Dr. Nurul Aini memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah (Pengurusan) dari Universiti Malaya (2001), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2003) dan Master of Islamic Finance Practice (MIFP) dari INCEIF (2020). Beliau dianugerahkan PhD (Perniagaan dan Pengurusan) dari University of South Australia (2009). Pada masa ini, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Syariah BNP Paribas Malaysia Berhad dan Great Eastern Takaful Berhad.  Selain itu, beliau juga merupakan Penasihat Syariah bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemmahiran (PTPK) Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah di Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Hong Leong MSIG Takaful.

Beliau turut terlibat aktif di dalam persatuan akademik sebagai exco, International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE). Minat bidang penyelidikannya meliputi Undang-Undang Transaksi Islam, Perbankan dan Kewangan Islam, Pematuhan Halal dan Tadbir Urus Syariah.