Permohonan

  1. Pemohon perlu menyediakan satu (1) Surat Sokongan yang mengandungi maklumat peribadi seperti nama, no K/P, isu yang dihadapi, jenis bantuan yang diperlukan, dan apa-apa maklumat yang difikirkan boleh menguatkan sokongan permohonan.
  2. Surat Sokongan perlulah mendapat pengesahan daripada kalangan pegawai yang berikut: Pengurus Rancangan FELDA / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua peneroka / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41/Gred 3/Kumpulan A ke atas), Pegawai Kumpulan Eksekutif WAQAF FELDA.
  3. Menyediakan 3 keping gambar sebagai bukti untuk menguatkan sokongan.
  4. Muat naik Surat Sokongan dan 3 keping Gambar di ruangan yang disediakan di bawah.
  5. Segala maklumat yang diberikan mestilah benar dan WAQAF FELDA boleh membatalkan sebarang bentuk permohonan sekiranya didapati maklumat yang diberi adalah tidak benar ataupun tidak mencukupi.
  6. Setiap permohonan dinilai berdasarkan darjah maslahat (keperluan) dan WAQAF FELDA berhak untuk meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu permohonan berdasarkan penilaian maslahat serta kedudukan dana Agihan manfaat yang ada.
  7. Sebarang keputusan WAQAF FELDA adalah muktamad, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan yang dilakukan oleh WAQAF FELDA, pemohon boleh mengemukakan surat rayuan terus kepada Pengurus Bahagian Operasi menerusi Borang Aduan menerusi laman web https://waqaffelda.com.my/hubungi-kami
  8. Tiada rayuan akan dilayan sekiranya permohonan berkenaan: (1) masih berstatus 'Dalam Permohonan', (2)ditolak kerana dokumen yang tidak lengkap, atau (3) dokumen tidak sahih.

Borang Permohonan

(Jika berkaitan)
(Jika berkaitan)
Surat Pengesahan ( Saiz Maksimum : 5MB ) Tindakan
Gambar ( Saiz Maksimum : 5MB ) Tindakan