BENGKEL PEMASARAN DIGITAL DAN DATA ANALITIKAL WAQAF FELDA

post-image
15 Feb 2023 - Bengkel Pemasaran Digital anjuran WAQAF FELDA dengan kerjasama Pejabat Pengarah Besar dijalankan di Menara Felda yang melibatkan petugas dari peringkat Wilayah dan Ibu Pejabat.
Perkongsian dari Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain yang merupakan Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia berkenaan konsep dan strategi pemasaran digital, bahkan turut melengkapkan seisi peserta dengan data analitik bagi meluaskan kemahiran dalam pemasaran digital.