KATA PENGANTAR
WAKAF KORPORAT™
Model perniagaan baharu dengan menubuhkan syarikat berkonsep CLBG.
KEBAJIKAN KOMUNITI
Menyalurkan wakaf kepada individu, komuniti dan badan yang memerlukan.
KEBERKATAN
Menghasilkan keberkatan melalui aktiviti infaq dan perwakafan.
KELESTARIAN FELDA
Menjamin kelestarian FELDA melalui aktiviti wakaf yang bersifat kekal.
Alhamdulillah atas rahmat dan keizinan dari Allah, FELDA telah berjaya mengasaskan WAQAF FELDA. Inisiatif ini merupakan salah satu daripada usaha FELDA untuk mencetuskan anjakan minda bagi membudayakan wakaf dalam kalangan warga FELDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Melalui WAQAF FELDA yang diwujudkan ini, diharapkan ianya dapat mewujudkan satu gelombang ekonomi islam yang baharu yang akan dapat dimanfaatkan oleh orang awam dan dilestarikan untuk jangka masa panjang. Dengan prinsip dan budaya Wakaf Korporat yang dilaksanakan, WAQAF FELDA berhasrat untuk menjadi salah satu institusi wakaf yang berjaya dan menjadi contoh bukan sahaja dalam negara malah kepada masyarakat islam luar negara.
YB Dato Seri Hj Idris bin Jusoh
Pengerusi WAQAF FELDA
MAJLIS PENGURUSAN TERTINGGI
Barisan Lembaga Pengarah

YB Dato Seri Hj Idris bin Jusoh

Dato Amiruddin Abdul Satar

YH Dato Amir Hamdan Yusof

YH Dato Amir Hamdan Yusof

Dato Amiruddin Abdul Satar
PENGENALAN KONSEP
Konsep Waqaf FELDA
Pentauliahan
Diberikan kebenaran untuk menerima, mengurus dan mentadbir dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf.
Pelaksana
Sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan telah ditubuhkan pada 26 Mac 2021 di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 bagi melaksanakan Wakaf Korporat.
Sumbangan
Menerima sumbangan dalam bentuk harta kekal seperti rumah dan hartanah ataupun harta tidak kekal seperti wang tunai, saham, bisnes dan harta intelek.
Tadbir Urus
Mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dengan menggunakan kaedah amalan perniagaan terbaik dan berlandaskan urus tadbir korporat berpiawaian tinggi.
Maqasid Syariah
Bertindak selaras dengan hukum dan mualamat syariah dan berjuang untuk merealisasikan matlamat Maqasid Syariah.
Status Autonomi
Berstatus autonomi dan tidak dimiliki dan dikawal secara mutlak oleh mana-mana pihak, memandangkan syarikat tidak mempunyai syer.
Jangka Panjang
Keutamaan diberikan kepada usaha menghimpun dan melipatgandakan nilai jangka masa panjang harta dan dana wakaf di bawah seliaannya.
Keahlian Awam
Keahlian dibuka kepada mana-mana individu Islam, syarikat, organisasi dan institusi yang diterajui Muslim dengan yuran keahlian.


