Jawatankuasa Eksekutif

Tuan Izham Bin Mustaffa   (Timbalan Pengarah Besar (operasi) FELDA)

Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah WAQAF FELDA mulai 10 Ogos 2022. Beliau berkelulusan Program Peneraju Prestasi Tinggi, SAID Business School University Of Oxford, England serta beliau memiliki Sarjana Pengurusan Industri Perladangan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian (B. Hons. For. Sc.), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor.

Beliau merupakan Pengerusi Felda Plantation Management Sdn Bhd dan Lembaga Pengeluaran Batang Minyak Sawit Kebangsaan. Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri Hiliran Minyak Sawit MPOB. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Gantian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Marketing Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Ladang Tai Tak Plantation Sdn Bhd, Lembaga Pengarah FIC Hospitality Management Sdn Bhd, Lembaga Pengarah FIC UK Properties Sdn Bhd, Lembaga Pengarah Grand Plaza Kensington Limited serta Lembaga Pengarah FIC Global Limited. Beliau juga adalah Pakar Institusi Koperasi Koperasi Kakitangan FELDA Malaysia Berhad (FELKOP) di samping itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Perlaksanaan & Pemantauan Keberkesanan Pelan Pemulihan FELDA dan Sekretariat Jawatankuasa Produktiviti Dan Permuafakatan Kualiti FELDA & FGVHB.