KUTIPAN DANA WAQAF TERKINI

KUTIPAN DANA WAQAF TERKINI

JOM BERWAKAF BERSAMA


WAKAF KORPORAT ™

Model perniagaan baharu dengan menubuhkan syarikat berkonsep CLBG.


Kebajikan komuniti

Menyalurkan wakaf kepada individu, komuniti dan badan yang memerlukan.


keberkatan

Menghasilkan keberkatan melalui aktiviti infaq dan perwakafan.


kelestarian felda

Menjamin kelestarian FELDA melalui aktiviti wakaf yang bersifat kekal.

 

Buletin Utama

Artikel

barisan lembaga pengarah

Barisan lembaga pengarah WAQAF FELDA terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu yang dilantik mengikut Perlembagaan Syarikat untuk menerajui kepimpinan organisasi. Mereka terdiri daripada pakar dalam pelbagai disiplin ilmu seperti perniagaan, syariah, kewangan, pemasaran dan tadbir urus korporat. Barisan lembaga pengarah WAQAF FELDA terdiri daripada tiga komponen kepimpinan: (1) pengarah-pengarah daripada FELDA, (2) pengarah-pengarah daripada MAIWP, dan (3) pengarah-pengarah bebas. Tiga komponen kepimpinan ini diwujudkan untuk mengelakkan konsentrasi kuasa (to avoid concentration of power) agar institusi Waqaf KorporatTM ditadbir secara telus dengan urus tadbir yang terbaik. Setiap komponen kepimpinan juga akan mewujudkan persekitaran semak dan imbang (check and balance) antara satu sama lain agar proses memutuskan hala tuju organisasi dilakukan daripada proses pertimbangan yang mengambil kira pelbagai pendapat.

pengenalan konsep

pengenalan konsep waqaf felda

pentauliahan

Diberikan kebenaran untuk menerima, mengurus dan mentadbir dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri selaku Pemegang Amanah Tunggal Wakaf.

PELAKSANA

Sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan telah ditubuhkan pada 26 Mac 2021 di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016 bagi melaksanakan Wakaf Korporat.

Sumbangan

Menerima sumbangan dalam bentuk harta kekal seperti rumah dan hartanah ataupun harta tidak kekal seperti wang tunai, saham, bisnes dan harta intelek.

Tadbir urus

Mematuhi prinsip-prinsip perniagaan dengan menggunakan kaedah amalan perniagaan terbaik dan berlandaskan urus tadbir korporat berpiawaian tinggi.

MAQASID SYARIAH

Bertindak selaras dengan hukum dan mualamat syariah dan berjuang untuk merealisasikan matlamat Maqasid Syariah.

Status autonomi

Berstatus autonomi dan tidak dimiliki dan dikawal secara mutlak oleh mana-mana pihak, memandangkan syarikat tidak mempunyai syer.

jangka masa panjang

Keutamaan diberikan kepada usaha menghimpun dan melipatgandakan nilai jangka masa panjang harta dan dana wakaf di bawah seliaannya.

keahlian awam

Keahlian dibuka kepada mana-mana individu Islam, syarikat, organisasi dan institusi yang diterajui Muslim dengan yuran keahlian.

Wakaf, peluang umat peroleh pahala berterusan

Rasulullah ﷺ Bersabda : Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).
Allah ﷻ Berfirman : "Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Ali Imran: 92).
Abu Talhah berkata kepada Rasulullah ﷺ : "Sesungguhnya antara harta yang paling saya sayangi adalah kebun Bairuha'. Harta itu saya sedekahkan (wakaf) untuk Allah dan saya mengharap balasan kebaikan dan simpanan (pahala) di sisi Allah. Ya Rasulullah, silakan apa yang akan anda lakukan menurut petunjuk Allah kepadamu (terhadap kebun itu)." (al-Bukhari).