Sertai Wakaf Vaganza 4.0 & Menangi Hadiah Hebat !!
Adakah anda ingin berwakaf sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan? Kini peluang anda telah tiba dengan WAQAF VAGANZA 4.0!
Layari https://waqaffelda.waqafer.com.my untuk menyertai WAQAF VAGANZA 4.0 sekarang !
---
TERMA DAN SYARAT CABUTAN BERTUAH KEMPEN WAQAF VAGANZA 4.0 (Cabutan 1, Cabutan 2, dan Cabutan Bonanza)
TEMPOH KEMPEN: 1 MAC 2025 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2025
Terma dan Syarat berikut adalah terpakai bagi kempen “Waqaf Vaganza 4.0 (Cabutan 1, Cabutan 2,dan Cabutan Bonanza)” anjuran WAQAF FELDA (1411511-T)
---
1.0 Syarat Kelayakan Umum
* Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
* Berumur 18 tahun dan ke atas.
* Ahli Lembaga, Jawatankuasa, kakitangan penganjur serta ahli keluarga terdekat mereka (anak-anak, suami/isteri) TIDAK DIBENARKAN menyertai kempen ini.
---
2.0 Syarat Kelayakan Setiap Cabutan
2.1 Cabutan 1
- Wakaf minimum: RM100 (terkumpul) = 1 penyertaan
- RM200 = 2 penyertaan
- RM300 = 3 penyertaan
- Dan seterusnya
- Tempoh: 1 Mac – 30 Jun 2025
- Cara Penyertaan:
* Tunai di Pejabat WAQAF FELDA/Wilayah/Rancangan
* Potongan paysheet/gaji (Mac–Jun)
* Serahan cek sebelum/pada 30 Jun
* Atas talian:
- [Laman Web WAQAF FELDA](https://waqaffelda.com.my/portal)
- [Onpay](https://waqaffelda.waqafer.com.my/order/form/41)
2.2 Cabutan 2
- Wakaf minimum: RM100 (terkumpul) = 1 penyertaan, seterusnya seperti di atas.
- Tempoh: 1 Ogos – 30 November 2025
- Cara Penyertaan sama seperti di atas (Potongan paysheet/gaji Ogos–November).
2.3 Cabutan Bonanza
- Wakaf minimum: RM1000 (terkumpul) = 1 penyertaan, seterusnya seperti di atas.
- Tempoh: 1 Mac – 30 November 2025
Nota Penting
* Untuk tunai dan cek, maklumat berikut mesti dilengkapkan:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- No Telefon
- Alamat
- Bukti pembayaran
* Hanya wakaf melalui saluran yang dinyatakan dalam perenggan ini akan diterima untuk cabutan bertuah.
* Jumlah wakaf dari Cabutan 1 & Cabutan 2 juga dikira untuk kelayakan Bonanza jika memenuhi syarat-syarat berkaitan.
---
3.0 Proses Cabutan & Hadiah
a) Hadiah Ditawarkan:
Hadiah Utama
Cabutan 1 | Peti Ais, Mesin Basuh, Televisyen, Basikal, Tablet
Cabutan 2 | Peti Ais, Mesin Basuh, Televisyen, Basikal, Tablet
Bonanza | Kereta Perodua Myvi (1.5), Pakej Umrah
b) Tarikh & Lokasi:
* Julai 2025 (Cabutan 1)
* Disember 2025 (Cabutan 2 dan Bonanza)
(Tarikh sebenar akan dimaklumkan)
* Masa: Jam 9 pagi –12 tengah hari
* Tempat: Dewan Bankuet / Live Facebook Waqaf Felda Official
c) Prosedur Pemilihan Pemenang:
- Setiap pemenang hanya layak menang satu hadiah bagi setiap cabutan.
- Akan dihubungi dua kali sahaja; jika gagal dijawab cabut semula dilakukan.
- Rakaman panggilan boleh digunakan oleh pihak penganjur untuk tujuan rasmi/media sosial.
d) Polisi Hadiah:
- Tidak boleh ditukar hak milik atau wang tunai sebelum penyerahan hadiah; selepas itu dibenarkan mengikut budi bicara penerima.
- Model/warna hadiah tertakluk pada perubahan dengan nilai sama sekiranya perlu.
---
4.0 Tuntuan Hadiah
* Tuntut dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman dibuat; jika tidak tuntut dianggap batal.
* Kad pengenalan diperlukan semasa tuntuan hadiah dibuat.
* Jika berlaku kematian pemenang — waris boleh menuntut dalam masa 30 hari dengan dokumen sokongan lengkap.
---
5.0 Tanggungan
• Cukai jalan dan insurans kereta ditanggung pihak penganjur selama satu tahun dari tarikh pengumuman pemenang
• Penghantaran hadiah tidak disediakan oleh pihak penganjur
• Sebarang kerosakan selepas serahan bukan tanggungjawab pihak penganjur
• Kos servis/warranty adalah tanggungjawab syarikat produk mengikut tempoh warranty
---
6.0 Pembatalan Penyertaan
• Tidak memenuhi mana-mana syarat kelayakan atau melanggar mana-mana terma yang dinyatakan akan menyebabkan pembatalan serta-merta termasuk penarikan balik hadiah sekiranya telah diumumkan sebagai pemenang
---
7.0 Terma Am
• Peserta dianggap memahami semua terma/syarat setelah menyertainya serta bersetuju data peribadi diproses bagi tujuan kempen ini
• Segala kos tambahan ke atas hadiah adalah tanggungan sendiri peserta/penerima
• Lokasi penyerahan tertakluk kepada keputusan pihak Penganjur sepenuhnya
• Jika penghantaran dibenarkan — segala kos/risko ditanggung peserta
• Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad tanpa sebarang rayuan/dalihan
• Terma/syarat boleh berubah tanpa notis
• Kempen berpandukan Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah Bil. 5 (2013) terbitan JAKIM dan diperakui oleh Sekretariat Syariah Waqaf Felda.
---