LAPORAN AGIHAN DANA SOSIAL (MANFAAT WAKAF) 2023-24

post-image

Berdasarkan jadual di atas, WAQAF FELDA telah mengagihkan dana manfaat kebajikan umum (30% daripada keuntungan dana wakaf) kepada lima (5) kluster kebajikan yang meliputi kluster: (1) kesihatan & daif, (2) bencana, (3) pendidikan & kerohanian, (4) kemudahan awam, dan (5) ekonomi. Kesemua kluster ini membentuk agihan yang holistik agar hujah pewakaf dapat disampaikan berdasarkan prinsip 'satu bumbung untuk semua'. Seramai 8,068 penerima yang terdiri daripada individu dan organisasi telah menerima manfaat daripada pulangan dana wakaf. 

Jadual 2: Analisis impak agihan berdasarkan maqasid syariah

Berdasarkan jadual di atas, Pengurusan WAQAF FELDA menganalisis impak agihan dana sosial menerusi analisis impak maqasid syariah. Objektif syariat Islam adalah untuk memelihara maslahat yang terdiri daripada tiga tahap keperluan: (1) maslahat dharuriyat, (2) maslahat hajiyyat, dan (3) maslahat tahsiniyat.