KEMPEN WAKAF VAGANZA EDISI RAMADAN 2024

post-image


TERMA DAN SYARAT CABUTAN BERTUAH KEMPEN “WAKAF VAGANZA”

TEMPOH KEMPEN: 12 MAC 2024 SEHINGGA 3 APRIL 2024

Terma dan Syarat berikut adalah terpakai bagi kempen “Wakaf Vaganza” anjuran WAQAF FELDA (1411511-T)

1. Syarat Kelayakan

    1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
    2. Berumur 18 Tahun dan ke atas.
    3. Kakitangan pihak Penganjur termasuk ahli keluarga mereka yang terdekat [ibu bapa, adik-beradik, anak-anak, suami/isteri] TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai Cabutan Bertuah Kempen “Wakaf Vaganza”.
    4. Peserta perlu berwakaf minimum RM 200.00 (terkumpul) untuk mendapatkan satu (1) kelayakan penyertaan cabutan bertuah.
    5. Bilangan kelayakan penyertaan cabutan:
      • RM 200.00 (1 Penyertaan),
      • RM 400.00 (2 Penyertaan),
      • RM 600.00 (3 Penyertaan), dan seterusnya.
    6. Penyertaan boleh dilakukan secara:
      • Tunai (Pejabat Waqaf Felda, Pejabat Wilayah dan Pejabat Rancangan),
      • Serahan cek mestilah sampai ke pejabat Waqaf Felda selewat-lewatnya sebelum/pada 3 April 2024
      • Atas Talian Kempen Wakaf Vaganza

 2. Cabutan dan Hadiah

    1. Sila pastikan segala maklumat yang didaftarkan adalah tepat dan benar.
    2. Setiap pemenang hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja pada sesi cabutan.
    3. Pemenang akan dihubungi berdasarkan nombor telefon yang didaftarkan.
    4. Cabutan akan dibuat seperti ketetapan berikut:
      • Tarikh: 5 April 2024,
      • Masa: 9.00 pagi sehingga 12.01 tengah hari
      • Tempat: Aras Ruang Legar Menara FELDA
      • Dalam Talian: Live melalui Facebook Waqaf Felda Official. PAGE FB Waqaf Felda Official
    5. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang cabutan sebanyak tiga (3) kali sahaja.
    6. Sekiranya tiga (3) panggilan tidak dijawab oleh pemenang, cabutan tersebut akan dibatalkan dan cabutan semula akan dilakukan.
    7. Pemenang bersetuju dengan rakaman panggilan telefon oleh Pihak Penganjur dan bersetuju bahawa rakaman ini boleh digunakan dalam sebarang prosiding atau tribunal.
    8. Pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak Penganjur untuk menyiarkan rakaman/gambar dalam mana-mana saluran media sosial pihak Penganjur.
    9. Hadiah-hadiah yang disediakan dan dinyatakan adalah tidak boleh ditukar hak milik, atau ditukar kepada bentuk wang tunai semasa/sebelum penyerahan hadiah cabutan kepada pemenang. Namun demikian, ia boleh ditukar hak milik atau ditukar kepada bentuk wang tunai selepas pemenang cabutah bertuah menerima hadiah tersebut.
    10. Pihak Penganjur berhak menukar model atau versi hadiah-hadiah yang dinyatakan dalam kempen dengan jaminan harga yang sama jika terdapat sebarang kekangan

3. Tuntutan Hadiah

    1. Pemenang dikehendaki untuk menuntut hadiah dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang dibuat. Penyerahan hadiah akan terbatal sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang telah ditetapkan.
    2. Pemenang diminta untuk mengemukakan kad pengenalan semasa tuntutan hadiah dibuat.
    3. Sekiranya berlaku kes kematian pemenang, waris dibenarkan untuk menuntut hadiah dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang dibuat. Waris dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menuntut hadiah. Pihak penganjur akan membatalkan cabutan tersebut sekiranya waris gagal berbuat demikian.

4. Tanggungan

    1. Bayaran cukai jalan (roadtax) dan insuran akan ditanggung oleh pihak Penganjur selama satu (1) tahun bermula tarikh pemenang diumumkan.
    2. Pihak Penganjur tidak akan menguruskan sebarang proses penghantaran hadiah
    3. Sebarang kerosakan pada hadiah tidak akan ditanggung oleh pihak Penganjur setelah serahan hadiah dimiliki oleh pemenang.
    4. Sebarang kos penambahbaikan, servis dan waranti keatas hadiah cabutan tidak akan ditanggung oleh pihak Penganjur tetapi ditanggung oleh Syarikat yang mengeluarkan produk tersebut bergantung pada tempoh waranti yang diberikan.

5. Pembatalan Penyertaan

    1. Peserta tersebut tidak memenuhi mana-mana syarat-syarat kelayakan.
    2. Penyertaan akan terbatal sekiranya peserta di dapati melanggar syarat-syarat yang dikemukakan pada perenggan 1.0 diatas.
    3. Pihak Penganjur berhak menarik balik hadiah cabutan bertuah sekiranya peserta didapati melanggar mana-mana syarat yang telah dikemukakan di atas.

6. Terma-terma Am

    1. Peserta yang ingin menyertai kempen ini dinasihat untuk membaca terma dan syarat ini sebelum menyertai kempen ini.
    2. Dengan menyertai kempen ini, peserta dianggap memahami semua terma dan syarat kempen serta bersetuju untuk membenarkan data maklumat peribadi pelanggan diproses dan digunakan bagi tujuan kempen ini.
    3. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan kos atau bayaran yang dituntut ke atas hadiah-hadiah yang diberikan.
    4. Penetapan lokasi penyerahan hadiah adalah tertakluk kepada pihak Penganjur sahaja.
    5. Sekiranya pihak Penganjur bersetuju untuk penyerahan dilakukan melalui proses penghantaran, semua kos dan risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
    6. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur adalah muktamad. Justeru tiada sebarang penerangan atau alasan diperlukan berkaitan perkara ini.
    7. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis.
    8. Kempen ini adalah berpandukan Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah Bil. 5 (2013) terbitan JAKIM dan diperakui oleh Sekretariat Syariah Waqaf Felda.