FAQ: KEMPEN WAKAF VAGANZA 2024

Wakaf Vaganza adalah kempen baharu WAQAF FELDA untuk menggalakkan orang ramai berwakaf di bulan Ramadan. Justeru, WAQAF FELDA menawarkan hadiah yang menarik kepada pewakaf yang telah berwakaf RM200 ke atas.

Hadiah dan segala operasi sempena kempen Wakaf Vaganza tidak bersumber daripada dana wakaf. Sumber hadiah dan operasi adalah daripada peruntukkan khusus yang berasingan daripada dana wakaf.

Segala operasi kempen ini mengikuti Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah Bil 5 (2013) terbitan JAKIM. Malah, Sektretariat Syariah WAQAF FELDA sentiasa menyelia dan memantau operasi kempen ini agar kepatuhan syariah sentiasa dipatuhi.

Sesiapa sahaja yang berwakaf RM200 ke atas layak untuk 1 penyertaan cabutan Wakaf Vaganza. Jika anda berwakaf RM400, maka anda layak mendapat 2 penyertaan cabutan. Semakin banyak anda berwakaf, semakin tinggi peluang anda.

Anda boleh cuba  reset password dan sistem Waqafer akan menghantar emel password default ke emel anda. Sila klik: PORTAL WAQAFER untuk mengubah password anda. Sekiranya anda tidak menerima sebarang emel, sila masukkan password : felda**** (**** ialah 4 nombor KP belakang anda). Sekiranya tidak berjaya juga, sila hubungi kami di talian 03 2191 2352 (tertakluk kepada waktu bekerja).

Anda boleh menyertai kempen Wakaf Vaganza Edisi Ramadan 2024 ini bermula 12 Mac 2024 sehingga 3 April 2024.

Cabutan hadiah akan dilakukan secara fizikal pada 5 April 2024, bertempat di Ruang Legar Menara FELDA bermula jam 9.00 pagi. Bagi yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan, WAQAF FELDA menyediakan tayangan secara langsung di  page FB rasmi WAQAF FELDA (Waqaf Felda Official). Klik pautan berikut untuk ke laman rasmi FB kami: PAGE Waqaf Felda Official

Ya. Anda perlu mendaftarkan nombor telefon yang boleh dihubungi untuk menyertai kempen ini kerana pada majlis cabutan (5 April 2024) kelak, kami akan menghubungi nombor telefon pemenang secara langsung. Mengikut terma dan syarat, sekiranya panggilan kami tidak dijawab sebanyak tiga (3) kali, cabutan tersebut akan dibatalkan dan cabutan semula akan dilakukan. Sila klik pautan berikut untuk terma dan syarat penyertaan: TERMA DAN SYARAT

Ya. Anda layak untuk memperolehi manfaat potongan cukai tertakluk kepada Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1976. Sila muat turun penyata wakaf anda di portal Waqafer. PORTAL WAQAFER